Sunday 22 May 2011

Scene feveret saya :)

INT. RUMAH BAPAK SAZALI - TENGAH MALAM

SAZALI
Bapak, sekarang sudah pukul 2. Mengapa bapak belum tidur-tidur lagi?
BAPAK
Sebab aku menunggu kau pulang. Betulkah kau tak mau kahwin dengan Rokiah?
SAZALI
Betul Pak. Bapak tau apa yang telah terjadi pada Rokiah. Sazali tak mau pak sanggup. Anak yang dalam kandungan Rokiah sekarang bukannya anak Sazali.
BAPAK
Berani kau berkata begitu. Anak kurang ajar! Itukah balasan yang aku dapat setelah mendidik kau dengan penuh kasih mesra? Inikah hasil yang aku dapat setelah aku beri kau segala kepuasan dan kemewahan hidup? Anak yang tak tau malu! Kau cemarkan nama Rokiah ya! Nama anak Pak Longmu sendiri Sazali. Sazali! Lebih baik kau tarik kata-katamu Sazali sebelum perkara yang tak diingini berlaku.. Sebelum aku mengusir kau keluar dari rumah ini Sazali. Kau tarik balik Sazali..
Bapak melempang Sazali.
BAPAK (CONT'D)
Aku belum puas Sazali!
Bapak mengambil tongkatnya untuk memukul Sazali.
SAZALI
Berhenti! Jikalau sepuluh tahun dahulu bapak melakukan sedemikian, barangkali Sazali boleh jadi baik sekarang. Tapi semuanya sudah terlambat. Sudah terlambat Pak! Bapak yang bersalah dalam soal ini. Bapak membesarkan Sazali secara membabi-buta saja. Segala apa permintaan Sazali Bapak tunaikan. Apa hajat Sazali Bapak sempurnakan. Hingga Sazali pandai bercakap bohong besar Bapak. Sehingga Sazali menipu Bapak untuk kepentingan sendiri. Tetapi Bapak hanya “Anakku Sazali”
BAPAK
Sazali!
SAZALI
Bapak yang bertanggungjawab di atas segala kelakuan buruk Sazali. Apabila Sazali sudah dewasa, Sazali perlukan wang. Tapi Bapak tidak mampu. Sekarang Sazali punya wang, kuasa dan segala-galanya. Semuanya dari tenaga Sazali sendiri Bapak tau. Siapa yang tak kenal Sazali, ketua kumpulan penjahat yang terbesar di Singapura ini. Dan Sazali punya beratus kakitangan yang sanggup mati kalau Sazali petik begini saja tau. Ya! Memang Sazali yang merosakkan kehormatan Rokiah. Bukan Rokiah saja Pak, malah banyak lagi wanita yang menjadi mangsa Sazali.
BAPAK
Sazali. Katakan pada bapa yang semua ini dusta. Kau hanya nak menakutkan bapak sahaja. Katakanlah Sazali.
SAZALI
Katakan apa? Semuanya benar belaka. Semuanya benar belaka Pak. Tiap-tiap satu kejadian, tiap-tiap satu perbuatan Sazali Bapak yang bertanggungjawab! Ooh, Bapak mahu mengusir Sazali ya. Bapak tau, Sazali sudah lama berazam untuk keluar dari rumah Bapak ini. Oleh kerana tak mahu melukakan hati Bapak, Sazali terpaksa tinggal di sini! Tapi sekarang selamat tinggal bapak Sazali...




Enjoy!

No comments:

Post a Comment