Monday 15 July 2013

Gar, gar gelegar, rasuk juga menahannya...

Gar, gar gelegar, rasuk juga menahannya... Jangan begitu mudah mempercayai kata seseorang. Dalam kehidupan kita sekarang, kita lebih banyak terdedah dengan perkara yang mungkin memakan diri kita jika kita tidak berhati-hati. Ramai kaki putar, penipu dan sewaktu dengannya.

Bila kita sedar dengan kelemahan diri kita, barulah kita mampu  mengelak dari disalahguna oleh mereka yang berniat jahat terhdap kita..

Adakah kita dalam kesunyian?
Adakah kita seorang yang sangat pemurah dan dermawan?
Adakah kita ini dihimpit beban kewangan?
Adakah kita gembira dengan kehidupan harian kita?
Adakah kita sedang dilamun cinta?

BErikut adalah skim penipuan yang sering berlaku di Malaysia..

Pembaikan rumah - pembaikan atau penambahbaikan rumah yang tidak perlu
Penipuan bank - pemeriksa kira-kira palsu; mereka akan meminta mangsa (biasanya janda yang lebih tua)  mengeluarkan wang yang besar untuk diperiksa. Mangsa diberikan resit palsu dan si penipu akan hilang dengan wang tunai.
Penipuan pelaburan - francais, mesin layan diri, penipuan tanah, kecurian ciptaan, pelaburan sekuriti, kerja-kerja di rumah
Penipuan pos - surat berantai, langganan majalah, barangan, kursus surat-menyurat
lain: gores dan menang, majlis amal, janji temu internet, penyatuan hutang, kontrak, pelajaran tarian, penipuan psikik, peramal nasib, kelab kesihatan, penempatan pekerjaan, perubatan alternatif, waris yang hilang, jualan rujukan, skim piramid dan lain-lain.

Kesimpulan... Berhati-hatilah dan sentiasa merujuk dan membuat keputusan dengan bijak..


Saddiq

Tuesday 2 July 2013

Amarah - Bahagian 1

Sudah lama aku di sini. Terbaring di atas permukaan lantai. Aku dapat merasakan amarahku membuak-buak. Aku berguling-guling tanpa henti menahannya. Jika aku berhenti berguling jiwa ini seolah-olah meletup. Aku menumbuk lantai, meleraikan segala perasaan yang terpendam dan aku menjerit sepuas-puasnya. Tidak lama selepas itu aku hanya tersandar di dinding, tubuhku terasa amat lemah malah seluruh tenagaku habis begitu saja. Aku perlu berehat.Melupakan segala yang berlaku ke atas diriku. Lantas aku cuba melelapkan mataku. itupun jika tindakanku ini dapat membantuku berehat.

Malangnya amarahku datang semula. Kali ini lebih teruk dari tadi sehinggakan aku terasa lemas. Aku menjerit. Menjerit tanpa henti. Aku memaksa diriku untuk melompat. Lompat dan terus melompat. Ada satu tenaga di dalam tubuhku yang semakin memuncak. Tenaga yang mampu merobek semangat sesiapa sahaja. Saat aku meluahkan perasaan yang terbuku di dalam diriku, tenaga ini terus meningkat sekaliganda. Tindak-tandukku semakin liar, tidak boleh diramalkan. Aku jadi takut dengan apa yang berlaku ke atas diriku sekarang…

Mengapa aku masih di tempat sebegini? Apakah salahku? Aku benci mereka. Bagaimana rasanya jika aku pijak-pijak mereka sehingga mereka hancur lunyai? Tapi..aku tak mahu mencederakan mereka. Mereka ibarat monyet-monyet sarkis yang tertunggu-tunggu arahan dari tuannya. Tapi siapa pula tuannya? Hanya melalui jeritan atau tumbukan ke lantai dapat mengelakkan aku daripada melepaskan kemarahanku terhadap mereka yang menganiayaiku. Aku sedar aku mampu mencederakan mereka, tetapi tidak mahu berbuat demikian. Sebab itu aku lari dan menjerit untuk meredakan tekanan di dalam diriku. Semakin lantang aku menjerit semakin aku dapat mengawal kemarahanku. Aku akan manafaatkan sepenuhnya tenaga baru yang terkumpul di tubuhku ini. Masa dan peluangnya belum lagi muncul. Kita tunggu dan lihat!