Wednesday 25 May 2011

Perangai buruk manusia bahagian 1

Salam semua,
Hari ni aku nak menulis pasal perangai-perangai buruk manusia yang bukan saja menjengkelkan aku malah berjuta-juta lagi manusia seluruh dunia ni.
-Pandang rendah kemampuan orang lain..
Kenapa perlu pandang rendah kemampuan orang lain? Sebab dia tak berpelajaran macam kau? Come on lah, ini bukan zaman tok dan nenek kita di mana kejayaan diukur dan dinilai dengan berapa tebal sijil yang kita kumpul. Kita tak perlu jadi majistret, peguam atau doktor untuk dijadikan penanda aras bagi mengukur kejayaan kita. Wake up!
-Mengambil kesempatan di atas kebaikan insan yang bergelar kawan
Tak dinafikan ada kawan yang sanggup melakukan apa saja untuk kita dan atas alasan inilah ianya dijadikan modal untuk orang mengambil kesempatan. Golongan manusia seperti ini akan memerah keringat kawan-kawan tanpa segan dan akan terus berbuat demikian pada masa-masa akan datang. Sebenarnya, perkara ini tidak akan menjadi hal jikalau ada tolak ansur di antara mereka dan kawan-kawan mereka tetapi bila giliran kawan untuk meminta bantuan mereka akan mula memberi berjuta-juta alasan untuk tidak membantu. Ini tidak adil! Kawan kejadahnya macam tu. Ironinya, kawan-kawan yang baik hati ini akan terus membantu kerana tak mampu untuk berkata tidak. Yes, it's suck! Big time..
- Menipu untuk kepentingan peribadi
Ada segelintir yang sanggup menipu semata-mata untuk kelihatan bagus. Kadang-kala perangai buruk mereka ini boleh menidakkan hak orang lain. Kes cantas-mencantas, menyebarkan khabar angin dan memburuk-buruk orang lain dah berlaku sejak azali. Pada zaman teknokrat sekarang permainannya menjadi bertambah ganas dan kejam. Perkara ini akan terus menghantui sesiapa sahaja yang mahu berjaya dalam hidup.
Bersambung...

Saddiq Raffali,
Atas bukit,
25hb Mei 2011,
4.45 petang waktu Malaysia

Sunday 22 May 2011

Scene feveret saya :)

INT. RUMAH BAPAK SAZALI - TENGAH MALAM

SAZALI
Bapak, sekarang sudah pukul 2. Mengapa bapak belum tidur-tidur lagi?
BAPAK
Sebab aku menunggu kau pulang. Betulkah kau tak mau kahwin dengan Rokiah?
SAZALI
Betul Pak. Bapak tau apa yang telah terjadi pada Rokiah. Sazali tak mau pak sanggup. Anak yang dalam kandungan Rokiah sekarang bukannya anak Sazali.
BAPAK
Berani kau berkata begitu. Anak kurang ajar! Itukah balasan yang aku dapat setelah mendidik kau dengan penuh kasih mesra? Inikah hasil yang aku dapat setelah aku beri kau segala kepuasan dan kemewahan hidup? Anak yang tak tau malu! Kau cemarkan nama Rokiah ya! Nama anak Pak Longmu sendiri Sazali. Sazali! Lebih baik kau tarik kata-katamu Sazali sebelum perkara yang tak diingini berlaku.. Sebelum aku mengusir kau keluar dari rumah ini Sazali. Kau tarik balik Sazali..
Bapak melempang Sazali.
BAPAK (CONT'D)
Aku belum puas Sazali!
Bapak mengambil tongkatnya untuk memukul Sazali.
SAZALI
Berhenti! Jikalau sepuluh tahun dahulu bapak melakukan sedemikian, barangkali Sazali boleh jadi baik sekarang. Tapi semuanya sudah terlambat. Sudah terlambat Pak! Bapak yang bersalah dalam soal ini. Bapak membesarkan Sazali secara membabi-buta saja. Segala apa permintaan Sazali Bapak tunaikan. Apa hajat Sazali Bapak sempurnakan. Hingga Sazali pandai bercakap bohong besar Bapak. Sehingga Sazali menipu Bapak untuk kepentingan sendiri. Tetapi Bapak hanya “Anakku Sazali”
BAPAK
Sazali!
SAZALI
Bapak yang bertanggungjawab di atas segala kelakuan buruk Sazali. Apabila Sazali sudah dewasa, Sazali perlukan wang. Tapi Bapak tidak mampu. Sekarang Sazali punya wang, kuasa dan segala-galanya. Semuanya dari tenaga Sazali sendiri Bapak tau. Siapa yang tak kenal Sazali, ketua kumpulan penjahat yang terbesar di Singapura ini. Dan Sazali punya beratus kakitangan yang sanggup mati kalau Sazali petik begini saja tau. Ya! Memang Sazali yang merosakkan kehormatan Rokiah. Bukan Rokiah saja Pak, malah banyak lagi wanita yang menjadi mangsa Sazali.
BAPAK
Sazali. Katakan pada bapa yang semua ini dusta. Kau hanya nak menakutkan bapak sahaja. Katakanlah Sazali.
SAZALI
Katakan apa? Semuanya benar belaka. Semuanya benar belaka Pak. Tiap-tiap satu kejadian, tiap-tiap satu perbuatan Sazali Bapak yang bertanggungjawab! Ooh, Bapak mahu mengusir Sazali ya. Bapak tau, Sazali sudah lama berazam untuk keluar dari rumah Bapak ini. Oleh kerana tak mahu melukakan hati Bapak, Sazali terpaksa tinggal di sini! Tapi sekarang selamat tinggal bapak Sazali...




Enjoy!

Thursday 19 May 2011

Kepastian Tuhan

Salam semua,
Seronok layari www.ikimfm.my  Aku baru berpeluang untuk menghayati sebuah sajak dari Ruhi Hayat yang ditulisnya pada tahun 1971. Mari kita hayati bait-bait sajak yang indah ini :)


Dua kubur bergandingan
ketika hayat masih ada
mereka suami isteri bahagia
rumput rumput tumbuh meliar
tiada mejar menggagah
tenang menunggu anak pejuang pulang ziarah

Anak pejuang di rantau
tiada dosa pada ayah, pada ibu
pada keluarga
pada bangsa, pada negara

setitis tinta dari insan berkata
kau berpenyakit kusta
bumi ini haram bagimu

selama lamanya bagi insan
bukan selama lamanya bagi Tuhan
kenapa takbur?
siapa takbur pasti lebur
Dia maha mengetahui
perikemanusiaan perintah tuhan untuk insan

Esok pasti datang
tepat pada waktunya insan
dapat tentukan
ini kepastian Tuhan
tapi corak esok bagaimana?
insan hanya bisa menduga
Tuhan yang memastikannya

Kubur bergandingan lebih kuat panggilannya
tinta tersurat akhirnya cair
darah yang sama terus mengalir

Ruhi Hayat
Kuala Lumpur, Dis 1971

Seribu keinsafan bagi aku yang berjiwa kerdil ini.

Sekian saja.

Saddiq Raffali,
Bukit Antarabangsa,
19/05/2011
22:30

Melompat belog itu tak sama macam melompat katak atau melompat parti...

Salam buat semua.

Hari ni aku nak bercakap pasal aktiviti kegemaran aku bila aku berbelog.

   Aku suka melompat belog. Bukan aku sorang je. Berjuta bloggers di seluruh dunia suka melakukan aktiviti ini. Jadi penting bagi aku untuk menulis aktiviti riadah yang sihat ni.

Kenapa aku suka melompat belog? Sudah tentulah sebab aku boleh :) Jawapan cliché yang tak leh aku nafikan hehehe! Sebenarnya aktiviti seperti sama 'feelnya' seperti kita berada di kutub khanah (perpustakaan).

Kita akan meluangkan masa membaca mana2 buku yang kita suka kemudian kita pinjam untuk bawa balik.
   Cuma bezanya di blog ialah kita follow mana2 blog yang kita suka dan berkongsi dengan bloggers lain.

Kalau korang rajin korang tekanlah button 'next blog' dan melompatlah sakan. Tak rugi pun sebab adakalanya kita terserempak dengan blog2 yang sangat informatif dan boleh menambahkan lagi ilmu dan pengetahuan.

Jadi, tunggu apa lagi? Lompat jangan tak lompat!

Sekian saja dari aku,
Saddiq Raffali,
Bukit Antarabangsa,
4:30 petang,
19/05/2011.

Wednesday 18 May 2011

Kreativiti tidak mengenal usia :)

Fuyoooo...
"Cayalah Abil. Uncle bangga dengan Abil. Impressive!" Itu yang aku akan cakap kalau anak buah aku ada kat KL. Tapi dia takde kat sini. Dia sekarang berada di New Delhi bersama mak dan ayahnya.
Cuba korang hayati bait-bait sajak dari Mohd Nabil Imran :-



Hope you enjoy it!

Saddiq Raffali signing off! Ciao!

Saturday 14 May 2011

Jadi ke tak jadi: Itu persoalannya :)

Dalam banyak tulisan Mendiang Shakespeare, yang kat bawah ni jugak la yang banyak membantu aku terutama dalam penyediaan aku menjadi seorang aktor :) Aku nak berkongsi bersama korang!


HAMLET:
To be, or not to be: that is the question:
Whether 'tis nobler in the mind to suffer
The slings and arrows of outrageous fortune,
Or to take arms against a sea of troubles,
And by opposing end them? To die: to sleep;
No more; and by a sleep to say we end
The heart-ache and the thousand natural shocks
That flesh is heir to, 'tis a consummation
Devoutly to be wish'd. To die, to sleep;
To sleep: perchance to dream: ay, there's the rub;
For in that sleep of death what dreams may come
When we have shuffled off this mortal coil,
Must give us pause: there's the respect
That makes calamity of so long life;
For who would bear the whips and scorns of time,
The oppressor's wrong, the proud man's contumely,
The pangs of despised love, the law's delay,
The insolence of office and the spurns
That patient merit of the unworthy takes,
When he himself might his quietus make
With a bare bodkin? who would fardels bear,
To grunt and sweat under a weary life,
But that the dread of something after death,
The undiscover'd country from whose bourn
No traveller returns, puzzles the will
And makes us rather bear those ills we have
Than fly to others that we know not of?
Thus conscience does make cowards of us all;
And thus the native hue of resolution
Is sicklied o'er with the pale cast of thought,
And enterprises of great pith and moment
With this regard their currents turn awry,
And lose the name of action.--Soft you now!
The fair Ophelia! Nymph, in thy orisons
Be all my sins remember'd.


Kalau nak tahu lebih detail, dipersilakan ke:
http://tinyurl.com/phrases-org-uk


Kalau nak layan movie dia, silalah ke:
http://tinyurl.com/Hamlet2U


Sekian, terima kasih!



Gee Wheez Sudah Mahu Menulis: Thor: God of Thunder

Gee Wheez Sudah Mahu Menulis: Thor: God of Thunder

Mendedikasikan diri untuk belajar menulis...


Aku Saddiq Raffali berikrar untuk belajar menulis dengan lebih baik. Memandangkan isteriku seorang penulis yang prolifik maka aku akan berusaha sehabis baik..Pom..Pom..Pom..Pom! Sekian, terima kasih...



Dari meja pengarang,
Bukit Antarabangsa,
15hb May 2011,
5 minit lepas tengah malam :)