Wednesday 25 May 2011

Perangai buruk manusia bahagian 1

Salam semua,
Hari ni aku nak menulis pasal perangai-perangai buruk manusia yang bukan saja menjengkelkan aku malah berjuta-juta lagi manusia seluruh dunia ni.
-Pandang rendah kemampuan orang lain..
Kenapa perlu pandang rendah kemampuan orang lain? Sebab dia tak berpelajaran macam kau? Come on lah, ini bukan zaman tok dan nenek kita di mana kejayaan diukur dan dinilai dengan berapa tebal sijil yang kita kumpul. Kita tak perlu jadi majistret, peguam atau doktor untuk dijadikan penanda aras bagi mengukur kejayaan kita. Wake up!
-Mengambil kesempatan di atas kebaikan insan yang bergelar kawan
Tak dinafikan ada kawan yang sanggup melakukan apa saja untuk kita dan atas alasan inilah ianya dijadikan modal untuk orang mengambil kesempatan. Golongan manusia seperti ini akan memerah keringat kawan-kawan tanpa segan dan akan terus berbuat demikian pada masa-masa akan datang. Sebenarnya, perkara ini tidak akan menjadi hal jikalau ada tolak ansur di antara mereka dan kawan-kawan mereka tetapi bila giliran kawan untuk meminta bantuan mereka akan mula memberi berjuta-juta alasan untuk tidak membantu. Ini tidak adil! Kawan kejadahnya macam tu. Ironinya, kawan-kawan yang baik hati ini akan terus membantu kerana tak mampu untuk berkata tidak. Yes, it's suck! Big time..
- Menipu untuk kepentingan peribadi
Ada segelintir yang sanggup menipu semata-mata untuk kelihatan bagus. Kadang-kala perangai buruk mereka ini boleh menidakkan hak orang lain. Kes cantas-mencantas, menyebarkan khabar angin dan memburuk-buruk orang lain dah berlaku sejak azali. Pada zaman teknokrat sekarang permainannya menjadi bertambah ganas dan kejam. Perkara ini akan terus menghantui sesiapa sahaja yang mahu berjaya dalam hidup.
Bersambung...

Saddiq Raffali,
Atas bukit,
25hb Mei 2011,
4.45 petang waktu Malaysia

No comments:

Post a Comment