Thursday 19 May 2011

Melompat belog itu tak sama macam melompat katak atau melompat parti...

Salam buat semua.

Hari ni aku nak bercakap pasal aktiviti kegemaran aku bila aku berbelog.

   Aku suka melompat belog. Bukan aku sorang je. Berjuta bloggers di seluruh dunia suka melakukan aktiviti ini. Jadi penting bagi aku untuk menulis aktiviti riadah yang sihat ni.

Kenapa aku suka melompat belog? Sudah tentulah sebab aku boleh :) Jawapan cliché yang tak leh aku nafikan hehehe! Sebenarnya aktiviti seperti sama 'feelnya' seperti kita berada di kutub khanah (perpustakaan).

Kita akan meluangkan masa membaca mana2 buku yang kita suka kemudian kita pinjam untuk bawa balik.
   Cuma bezanya di blog ialah kita follow mana2 blog yang kita suka dan berkongsi dengan bloggers lain.

Kalau korang rajin korang tekanlah button 'next blog' dan melompatlah sakan. Tak rugi pun sebab adakalanya kita terserempak dengan blog2 yang sangat informatif dan boleh menambahkan lagi ilmu dan pengetahuan.

Jadi, tunggu apa lagi? Lompat jangan tak lompat!

Sekian saja dari aku,
Saddiq Raffali,
Bukit Antarabangsa,
4:30 petang,
19/05/2011.

No comments:

Post a Comment